0

IP-Pengajaran Mikro (Sumber: Yahoo)

Posted by pckhmu on 4:56 AM in
Paparan ini merupakan maklumat tentang pengajaran mikro yang perlu kami laksanakan. Sumbangan link: Tan Chin Yee

PENGAJARAN MIKRO*


Pengajaran mikro diasaskan di Universiti Stanford pada tahun 1963. Pada tahun 1969, Allen dan Ryan memantapkan konsep dan menjadikannya satu teknik latihan.

Pengajaran mikro bermaksud latihan pengajaran praktik yang dipermudah dari segi skop dan organisasinya. Istilah “mikro” menggambarkan sesuatu yang kecil seperti microscope dan microwave. Dalam pengajaran mikro tiga aspek diperkecil iaitu saiz kelas, masa mengajar, dan kemahiran mengajar. Kesimpulannya, pengajaran mikro adalah satu peristiwa mengajar yang kecil. Lawannya ialah pengajaran makro iaitu proses mengajar dalam kelas biasa.

Perbezaan antara pengajaran mikro dan makro:

Situasi Mikro

  • Kelas kecil (5 - 8 orang murid)
  • Guru pelatih berperanan sebagai murid
  • Waktu mengajar diringkaskan (5 - 10 minit)
  • Tumpuan kepada satu kemahiran sahaja
  • Tidak perlu ke sekolah
  • Keadaan luar biasa kerana dilaksanakan di dalam makmal

Situasi Makro

o Kelas sebenar (40 orang atau lebih

o Perlu murid sebenar di sekolah

o Waktu mengajar sebenar (30 minit atau lebih)

o Pelbagai kemahiran digunakan

o Dilaksanakan di sekolah sebenar

o Keadaan lebih “biasa” kerana dalam keadaan sebenar


Organisasi Ringkas Pengajaran Mikro

  • Taklimat … Penyelia memperkenal kemahiran yang hendak dicuba dan memberi peluang kepada guru pelatih membuat persediaan.
  • Mengajar … Guru pelatih mengajar selama kira-kira 5 – 8 minit dengan memberi tumpuan rapi kepada kemahiran yang telah dikenal pasti.
  • Sesi Kritik … Perbincangan diadakan tentang kemahiran yang dicuba antara guru pelatih berkenaan, rakan sebaya dan penyelia.
  • Mengajar Semula … Jika sesi kritik kurang memuaskan, guru pelatih akan mengajar semula, tetapi kepada kumpulan pelajar yang berlainan.

Jika masa tidak mengizinkan, sesi mengajar semula boleh ditiadakan.


Rasional Pengajaran Mikro


  • Proses mengajar adalah kompleks dan memerlukan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran tertentu dalam berbagai-bagai bidang.
  • Proses kompleks itu boleh dianalisis dan dipecahkan kepada pendekatan-pendekatan dan kemahiran-kemahiran spesifik.
  • Sebahagian besar kemahiran tersebut boleh dipelajari satu persatu dalam situasi simulasi.
  • Guru-guru pelatih perlu diberi latihan yang bersistematik supaya mereka menguasai kemahiran-kemahiran itu.
  • Mereka yang menguasai kemahiran-kemahiran itu akan menjadi guru yang lebih yakin dan efektif dalam situasi sebenar nanti.

Ciri-ciri Penting


  • Guru pelatih mencuba kemahiran mengajar. Lazimnya setiap sesi tertumpu kepada satu kemahiran. Sesi mengajar semula hendaklah diadakan sehinggalah kemahiran itu dikuasai.
  • Oleh sebab pengajaran berfokus kepada kemahiran, topik atau mata pelajaran tidaklah sebegitu penting. Seseorang guru pelatih itu boleh mengajar sebarang topik asalkan tumpuannya adalah terhadap kemahiran yang telah dikenal pasti. Semangat “collegiality” amatlah penting dalam pengajaran mikro. Penyelia dan guru pelatih hendaklah menganggap setiap ahli sebagai rakan sejawatan yang mempunyai semangat bantu-membantu dan kerjasama yang tinggi.
  • Dalam situasi seperti (c) di atas, setiap peserta akan sanggup mengkritik dan menerima kritikan secara membina. Sesi ini bukanlah sesi menghentam atau membalas dendam.
  • Sesi pengajaran mikro bertujuan untuk mencuba kemahiran. Oleh yang demikian, tidaklah sesuai jika ianya digunakan sebagai sesi penilaian kebolehan mengajar.

Objektif Pengajaran Mikro


Melalui aktiviti ini, guru-guru pelatih dapat mencuba pelbagai teknik mengajar secara berkesan dan menjadikannya sebagai aktiviti tambahan dan aktiviti persediaan bagi latihan mengajar sebenar di sekolah. Tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada guru-guru pelatih


  • menjalani latihan amali dalam situasi mikro yang lebih mudah diawasi;
  • menguasai kemahiran-kemahiran mengajar satu persatu;
  • memerhati prestasi mereka sebagai guru dalam situasi-situasi mengajar tertentu;
  • mengkritik diri sendiri, mengenal pasti kelemahan-kelemahan mengajar dan berusaha mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut;
  • meningkatkan kepekaan dan meninggikan keyakinan diri supaya mereka boleh mengajar dengan lebih efektif dalam situasi bilik darjah sebenar.

Peranan Pensyarah/Penyelia


Pensyarah sepatutnya memainkan peranan aktif pada peringkat permulaan dan kemudian menjadi fasilitator sahaja apabila guru pelatih sudah tahu cara-cara melaksanakan aktiviti ini. Aspek-aspek yang perlu diberi perhatian ialah seperti yang berikut:

(a) Pendedahan sistematis tentang kemahiran yang hendak dikuasai:

  • konsep asas, definisi dan sebagainya
  • contohan dalam model visual: penyelia sendiri atau bahan filem/video yang sesuai
  • ciri-ciri kemahiran dan borang bimbingan yang akan digunakan

(b) Peluang bagi guru pelatih mencuba kemahiran dalam situasi yang kurang mencabar:

  • masa yang cukup untuk persediaan mengajar
  • menentukan peranan ahli-ahli kumpulan lain
  • persediaan yang rapi tentang sumber-sumber dan media yang akan digunakan
  • mengajar dalam situasi mikro dari segi masa, kemahiran dan saiz kelas

(c) Maklum balas spesifik tentang kemahiran yang digunakan


*Risalah Kurus Peningkatan Profesionalisme Pensyarah-pensyarah Baru Institut/Maktab Perguruan 1996 anjuran Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.


KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO


INDUKSI SET


Tujuan


  • Mendapatkan perhatian murid
  • Memudahkan murid memahami pelajaran yang akan diikuti nanti kerana maklumat awal yang berkaitan dengan pelajaran yang diajar telah diketahui mereka
  • Cuba melibatkan murid dan menambahkan minat untuk mengetahui /mempelajari pelajaran tersebut
  • Menimbulkan rasa ingin tahu yang tinggi.

Bila Induksi Set Digunakan?


  • Memulakan pelajaran baharu
  • Mengenalkan sesuatu konsep/prinsip
  • Memulakan aktiviti untuk memperoleh kemahiran seperti kemahiran bahasa
    Memulakan satu sesi soal jawab
  • Mengubah cara penyampaian apabila murid kurang/ tidak faham
    Memulakan kerja amali

Bagaimanakah caranya?


  • Guru bercerita
  • Menjalankan aktiviti yang menarik seperti nyanyian, lakonan, simulasi dan lain-lain
  • Menggunakan alat bantu mengajar
  • Bersoal-jawab-yakni menyoal pengalaman harian murid atau murid bercerita
  • Menggunakan teknik memeranjatkan seperti menjatuhkan sesuatu, mengeluarkan bunyi ganjil dan sebagainya
  • Menggunakan isu-isu yang mencabar murid misalnya ‘Purdah perlu ditegah di sekolah’
  • Tunjuk cara contoh mengajar satu proses baru dalam matematik.

PENYAMPAIAN


Amalkan strategi-strategi yang berikut


  • Segera mulakan pengajaran agar murid tidak ternanti-nanti sedangkan mereka telah bersedia.
  • Induksi set perlu menarik minat murid dan dapat memberi kesan.
  • Kembangkan pelajaran langkah demi langkah tanpa gangguan.
  • Mulakan daripada prinsip mudah kepada susah dan sebagainya
  • Percakapan guru (jelas, tidak terlalu cepat, boleh diikuti oleh semua murid).
  • Elakkan gangguan menerima (contoh: terlalu banyak berjalan, melambung kapur atau penerangan tidak licin).
  • Bahasa – tertib, terang, sesuai dengan keadaan pencapaian bahasa daerah.
  • Penyoalan – baik taburannya, dan berkaitan dengan objektif atau isi pelajaran.
    Teknik menyoal dilakukan dengan betul.
  • Memberikan bimbingan kepada murid-murid secara beransur-ansur hingga akhirnya mereka boleh berdikari.
  • Berikan peneguhan seperti ganjaran (pujian, galakan dll)
  • Berikan latihan-latihan supaya kemahiran-kemahiran yang diberikan itu teguh dalam ingatan murid.
  • Awasi segala latihan dengan teliti.
  • Adakan variasi (mengubah-ubah) dalam cara penyampaian:
  • guru bergerak bebas tetapi tidak terlalu pantas dan mengganggu
  • pusatkan perhatian murid secara lisan (beri arahan tertentu) atau bukan lisan (senyum, angguk kepala dsb)
  • pelbagaikan interaksi; guru-kumpulan, guru-murid (individu), murid-murid
  • adakan hentian sebentar untuk murid berfikir selepas penerangan
  • pelbagaikan pengalaman (penerimaan) deria seperti mendengar, melaihat dan merasa

STRATEGI PENGAJARAN


PEMILIHAN ALAT BANTU MENGAJAR (MEDIA PENGAJARAN)


  1. Pertimbangkan alat-alat itu dengan jumlah murid yang akan melihat (menggunakan)--pastikan cukup atau tidak.
  2. Pilih alat-alat yang sesuai dengan umur murid. Misalnya, murid-murid yang lebih muda mungkin memerlukan pengalaman sebenar melalui benda-benda maujud yang boleh dipegang atau diteliti atau dilihat dengan lebih jelas seperti gambar-gambar warna, kad imbasan, pita rakaman dan sebagainya. Manakala murid-murid yang lebih dewasa memerlukan alat-alat berbentuk simbol, carta, rajah, peta dan lain-lain.
  3. Alat-alat yang dipilih itu hendaklah sesuai dan berkaitan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
  4. Alat-alat yang digunakan hendaklah dipilih daipada alat-alat yang sesuai dengan objektif nanti.
  5. Alat-alat itu praktis di dalam bilik darjah, yakni bergantung pada saiz bilik darjah, sesuai dengan keadaan fizikal bilik darjah atau ada sumber elektrik, plug dan sebagainya.
  6. Alat yang dipilih itu mudah dibawa, mudah digunakan pada masa yang dikehendaki – yakni penggunaannya tidak begitu rumit sehingga mengganggu kelancaran penyampaian pelajaran.
  7. Pilih alat-alat yang dikira paling berkesan atau cepat memberi kesan ke atas pembelajaran murid.
  8. Alat-alat yang dipilih itu hendaklah menarik, jelas gambarannya, tidak terlalu kusut hingga sukar difahami. Warnanya juga tidak terlalu garang atau gelap hingga memeningkan kepala atau terlalu gelap.
  9. Pilihlah alat-alat yang tidak memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi untuk mengadakannya dan seelok-eloknya ialah alat-alat yang mudah dibuat sendiri dengan menggunakan sumber-sumber yang terdapat di sekeliling dan murah pula harganya.

PENGUKUHAN MURID


  • Isyarat lisan yang positif: Gunakan perkataan bagus, baik, syabas apabila memberi jawapan yang baik.
  • Isyarat tambahan lisan yang positif: Contoh: bersuara seperti uh, um, ya, ya untuk galakkan murid mengambil bahagian atau meneruskan jawapan.
  • Isyarat bukan lisan yang positif: Senyuman, angguk kepala, menulis jawapan murid di papan tulis, melihat dan memandang mereka dengan wajah berminat dan mesra.
  • Isyarat lisan yang negatif: Elakkan kata-kata tidak berasas, salah sama sekali jawapan itu dan sebagainya.
  • Isyarat tambahan lisan yang negatif: Elakkan daripada merungut, mengganggu murid ketika mereka sedang memberi pendapat.
  • Isyarat bukan lisan yang negatif: Elakkan daripada masam muka, menghina, menunjukkan sikap tidak sabar dan merungut-rungut.

PENYERTAAN/PENGLIBATAN MURID


  • Ada aktiviti murid yang selaras dengan objektif dan aras pencapaian.
  • Ada aktiviti yang timbul secara sukarela / minat, ch. murid angkat tangan, beri pendapat dll.
  • Murid-murid giat mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan.
  • Guru mewujudkan pelbagai corak interaksi dengan murid. Contohnya: guru-kumpulan, kumpulan-guru, guru-murid, individu-guru, murid-murid.
  • Guru menggalakkan murid yang pendiam memberi jawapan/ mengambil bahagian.
  • Guru menggunakan teknik supaya murid cuba menjawab, mengulas, menambah jawapan rakan yang lain.

Guru menggunakan pelbagai pengukuhan lisan (memuji, menggalak) dan bukan lisan untuk menggalakkan penglibatan murid dalam pelajaran.



|
0

IP-Kemahiran microteaching

Posted by pckhmu on 1:16 AM in
Kemahiran microteaching, termasuk induksi, dan sebagainya.

Kemahiran pengajaran




|
1

IP-Bab 12

Posted by pckhmu on 5:55 AM in
Blog ini berkenalan Bab 12 IP hasilan Tan Chin Yee. Harap maklum.
BAB 12


|
0

IP Bab 13

Posted by pckhmu on 5:51 AM in
Blog ini berkenaan IP bab 13 hasilan Tay Chia Hooi dan Wong Mei Shing. Harap maklum.

Bab 13

|
0

Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah (Ms. Ng) 小学课程纲要(黄诗忆讲师)

Posted by pckhmu on 5:19 AM in
This is the PowerPoint given by Ms Ng for our PC Class. Courtesy of See Teng.

Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah

There are two attachments, please take note.

各位同学,由于本人不善于运用此部落格,所以不明白如何张贴黄诗忆讲师的笔记。请各位同学多多担待,运用以上的连接(link)来下载。谢谢。

又:那也是我们班的另一个部落格,由于张贴方便,所以也运用那部落格张贴笔记。

|
0

IP-Bab 12

Posted by pckhmu on 1:55 AM
Blog ini berkenalan Bab 12 IP hasilan Tan Chin Yee.


|
0

IP-Bab 13

Posted by pckhmu on 1:51 AM
Blog ini berkenaan IP bab 13 hasilan Tay Chia Hooi dan Wong Mei Shing. Harap maklum.


|
0

Meaningful explaination for relationship

Posted by st_yeap on 7:51 PM in
Little girl and her father were crossing a bridge. The father was kind of scared so he asked his little daughter, "Sweetheart, please hold my hand so that you don't fall into the river."
The little girl said, "No, Dad. You hold my hand." "What's the difference?" Asked the puzzled father. "
There's a big difference," replied the little girl. "If I hold your hand and something happens to me, chances are that I may let your hand go. But if you hold my hand, I know for sure that no matter what happens, you will never let my hand go."
In any relationship, the essence of trust is not in its bind, but in its bond. So hold the hand of the person who loves you rather than expecting them to hold yours... This message is too short......but carries a lot of Feelings.

|
0

每个孩子都是独一无二的

Posted by st_yeap on 4:20 AM in
http://www2.lssh.tp.edu.tw/~lib/share/child.htm




p/s:请按...更多分享 (左下角),以阅读更多的文章。

|
0

(文章分享)人生~該是

Posted by st_yeap on 4:04 AM in
人生不一定要當「最好」,但一定要懂得讓自己「更好」。不一定要登峰造極,但一定要懂得讓自己保持在進步的狀態中。

曾經聽過有一位老太太,在她六十八歲的生日派對上如此許願著:「我40 歲學彈鋼琴(現在她老人家已可以在教會中彈琴),50 歲學英文(她已可以用英文與外國人對話),60 歲學開車(現在我已經六十八歲了),如果上帝讓我活到七十歲,我一定要開畫展。」多麼讓人佩服的態度,不是嗎?

人生該是「進步 + ing 」(現在進行式),而不應是「進步 + ed 」(過去式),或「be going to + 進步」(未來式);該是把握現在,懂得不時地保持在上進狀態,絕不因時間或任何的關係而停止努力,或是一再地告訴自己「反正明天再開始也不遲」。
想一想,如果一位六十八歲的老太太都可以如此上進,那您呢?您是一個懂得讓自己不斷進步的人嗎?

在此提供您兩個小小的妙方:
每天去做一件自己雖不喜歡,但卻有意義的事。每天做十分鐘的運動,每天背十個英文單字,每天讀一小段最新的商業期刊,每天饒恕一個自己不喜歡的人。這些事也許您不喜歡,但卻很有意義!不用太久,您的身體、知識、修養、專業能力必會有迅速驚人的進步。
常把目標給設定在比自己現有能力再多出10% 的地方,做一件事時,除非事關重大,否則在此誠摯地建議,不妨試著把目標給設定在比自己現有能力再多出10% 的地方。


也許一開始會累一些,但久而久之您的能力就會被多「練」出10% ,習慣這樣的程度後再把標準提高10% ,長期累積,您將在不知不覺中變成一個巨人。一個懂的不斷更新、上進的人,不但令人欽佩,也會在這蕭條的年代裡,較不易面臨被不景氣給淘汰的壓力。您的人生會是「進步 + ing 」嗎?昨天的您、今天的您、明天的您,三者能連成一條向上攀升的曲線嗎?值得共勉之!

|
0

Pengagihan Tajuk Kemahiran untuk Microteaching IP

Posted by pckhmu on 2:54 AM in
1.Tan Chim Yee ~ 1)Pengertian pengajaran Mikro
Tay Chia Hooi Kemahiaran set induksi

2.Teh Pooi Keat ~ 8) kemahiran penutup
Yeap See Teng

3.Sew Yir Sin ~ 6) Kemahiran tunjuk ajar
Yap Swee Pih

4.Teng Hui Wen ~7) kemahiran tunjuk ajar / ilustrasi
Wong Cheau Kuan

5.Wong Mei Shing ~3)kemahiran memberi motivasi
Yeo Lai Ling

6. Shum Sheah Huey ~2)kemahiran menyoal
Yong Chee Mei

7.Pua Yoke Hing ~5)kemahiran bahan bantu
Tia Hui Chong

8. Yew Tyng Ying ~4)kemahiran memberi penjelasan
Teo Chea Meng
Soo Hui Ung

|
1

B.I.G. List

Posted by pckhmu on 9:25 AM in
Dear all,
these are the things to bring during BIG! Hope we all survive!

4 tracksuits

4 T-shirts (long sleeves, IPTI white and red shirts)

torchlight

rubber shoes

sport shoes

slippers

toiletry

socks (at least more than 2 pairs)

your personnel medication

plastic bags (more, for wet clothes)

sweater

your fork and spoon and bowl

'mobiko' or anything equivalent

hanger for clothes

sunblock if you wish

bring your own drinking water

That's all for now. Anyone can add on anything important to bring. Thanks.

|

Copyright © 2009 世外桃源 All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.